Liga Super Malaysia Berita

TFC II menang tipis ke atas Negeri Sembilan

Terengganu FC II (TFC II) menang tipis ke atas Negeri Sembilan dengan jaringan 1-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Anak buah Tengku Hazman Raja Hassan melancarkan serangan seawal wisel pertama ke atas skuad Negeri Sembilan.

Bruno Suzuki muncul wira apabila berjaya meledak gol pertama perlawanan dihadapan 300 penyokong skuad Penyu pada minit pertama perlawanan.

Selepas tersentak dengan gol pertama TFC II, skuad Hobin Jang Hobin mula bangkit bagi mencari gol penyamaan dan melancarkan asakan bertali arus.

Asakan demi asakand daripada anak buah kendalian Mat Zan Mat Aris gagal memecah kebuntuan apabila TFC II dilihat fokus dalam menyerang dan bertahan.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan dengan Negeri Sembilan gagal membawa pulang sebarang mata.