Liga Super Malaysia Berita

Perak pesta gol di Manung

PKNP FC akur dengan kekalahan besar ke atas Perak, 4-0  dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, semalam.

Perak berjaya mencatat kemenangan kedua dalam aksi liga selepas beberapa siri keputusan seri dicatatkan oleh mereka sebelum ini.

Brendan Gan meletakkan Perak dihadapan selepas menerima hantara daripada Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke-14.

Gol kedua sekali lagi berjaya dihasilkan oleh Perak menerusi Gilmar da Silva pada minit ke-30 apabila pertahanan PKNP FC gagal mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya.

Pelawat terus menambah luka tuan rumah dengan gol ketiga perlawanan menerusi Shahrul Saad yang mudah menolak masuk bola tersebut bagi menewaskan Mohd Nor Hakim Hassan.

Gilmar menutup pesta gol Perak dengan jaringan keempat pada minit akhir perlawanan.