Luar Negara Berita

Chelsea hilang khidmat pemain muda

Chelsea terpaksa melupakan khidmat pemain sayap mereka, Callum Hudson-Odoi yang mengalami kecederaan serius selepas pasukan itu terikat 2-2 ketika menentang Burnley.

Pemain berusia 18 tahun tersebut dibantu ketika meninggalkan padang sebelum rehat dan tempatnya digantikan Pedro.

“Ini bukan kecederaan ringan. Saya rasa ia kecederaan serius. Ia kecederaan bahagian Achilles tendon (betis). Saya tidak boleh beritahu kamu secara lengkap,” kata Zola kepada wartawan.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai kecederaan yang dialami oleh Hudson-Odoi.

“Saya tidak pasti mengenainya. Saya rasa dia perlu menjalani pemeriksaan, tapi ia kelihatan tidak bagus,” kata Zola.

Hudson-Odoi sebelum ini mencipta kejutan apabila dipanggil mewakili England selepas mengadu kerap memanaskan bangku simpanan Chelsea.