Luar Negara Berita

Virgil van Dijk tak tahu cara mahu hentikan Messi

Liverpool sekali lagi mengharapkan pencapaian musim lalu melangkah ke pentas akhir berulang, namun mereka perlu mengatasi Barcelona terlebih dahulu.

Barcelona berjaya menumpaskan Manchester United pada suku akhir Liga Juara-Juara bukanlah lawan yang mudah buat Liverpool.

Ia dipersetujui oleh pertahanan tengah Liverpool, Virgil van Dijk yang mengakui tidak tahu bagaimana mahu menghentikan Lionel Messi.

“Saya tidak tahu bagaimana kita akan menghentikannya,” jelas Van Dijk.

“Kita akan lihat, kita semua perlu melakukannya sebagai satu pasukan.

“Ia tidak sepatutnya menjadi satu lawan satu; ia tidak seharusnya saya menentang lawan tunggal.

“Satu-satunya cara untuk mempertahankan dengan baik adalah untuk melakukannya sebagai satu unit, tetapi ia akan menjadi sukar kerana dia adalah pemain terbaik di dunia.”