Kolum

Pep Guardiola habiskan €1.66 bilion, tetapi masih gagal memenangi Liga Juara-Juara

Untuk satu lagi musim, Manchester City gagal melangkah jauh dalam saingan Liga Juara-Juara.

Pasukan Pep Guardiola akhirnya ditewaskan oleh Tottenham dalam perlawanan suku akhir dan ditidakkan nasib mereka untuk melangkah ke separuh akhir akibat daripada Video Bantuan Pengadil (VAR).

Walaupun Guardiola berkata pada hari Selasa yang lalu bahawa beliau tidak datang ke City untuk memenangi Liga Juara-Juara, tetapi sudah pasti beliau masih gagal mencapai apa yang pernah beliau lakukan sebelum ini.

Sejak ketibaannya dari Bayern Munich pada tahun 2016, Guardiola telah membelanjakan 608 juta euro dalam pasaran perpindahan dan dalam masa yang sama tersingkir sebanyak dua kali dalam saingan suku akhir dan sekali daripada saingan pusingan 16.

Angka itu kemudia meningkat kepada 812 juta euro jika mempertimbangkan masa Guardiola di Bayern Munch – di mana beliau juga gagal memenangi Liga Juara-Juara.

Tahun pertama beliau di England menyaksikan Guardiola membelanjakan hampir 213 juta euro bagi mendapatkan John Stones, Ilkay Gundogan dan Gabriel Jesus tetapi disingkirkan oleh Monaco dalam pusingan 16.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Tahun berikutnya, City membelanjakan lagi 317.5 juta euro pada kempen berikutnya bagi membawa Bernardo Silva, Ederson, Kyle Walker, Benjamin Mendy, Aymeric Laporte dan Danilo sebelum ditewaskan Liverpool pada saingan peringkat suku akhir musim lalu.

Perbelanjaan musim panas lalu dikurangkan apabila City hanya membawa masuk Riyad Mahrez dengan kontrak berjumlah 67 juta euro.

Pemilik Manchester City, Mansour bin Zayed Al-Nahyan mesti tertanya-tanya apa lagi yang perlu dilakukannya untuk membuat pasukan ini memenangi Liga Juara-Juara.

Sejak beliau tiba di Manchester pada 2008, kelab itu telah menghabiskan €1.66 bilion bagi mendapatkan pemain berkualiti, akan tetapi ia semakin jelas bahawa semua perkara tidak boleh diselesaikan dengan wang.

Keadaan ini mirip seperti yang dialami Guardiola di Jerman.

Bayern Munich membawa masuk Mario Gotze, Thiago Alcantara, Arturo Vidal, Medhi Benatia dan Douglas Costa hanya untuk menguasai peringkat domestik.

Harga 204.4 juta euro yang dibelanjakan Guardiola tidak cukup untuk menjamin gelaran Liga Juara-Juara apabila Bayern tersingkir pada tiga perlawanan separuh akhir.