Luar Negara Berita

Hazard boleh ucap selamat tinggal pada Chelsea

Penyerang Chelsea, Eden Hazard akan menjadi ketiga terbaru Real Madrid menjelang musim depan selepas kelab itu berjaya mendapatkan Rodrygo Goes dan Eder Militao.

Menurut akhbar Marca, kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat dan hanya menunggu tarikh yang sesuai untuk dilaporkan secara rasmi.

Apabila musim Liga Perdana Inggeris berakhir, Hazard akan berpindah ke Los Blancos manakala pemain Borussia Dortmund, Christian Pulisic akan menetap di Stamford Bridge.

Hazard sebelum ini menolak tiga tawaran kontrak baharu daripada Chelsea dan telah mengalihkan fokus beliau ke arah Real Madrid.

Harga yang diletakkan Chelsea untuk Real Madrid mendapatkannya adalah dengan bayaran hampir 100 juta euro biarpun mempunyai baki kontrak sebanyak satu tahun.

Dalam perkembangan yang sama, Chelsea sedang dalam proses rayuan terhadap larangan membuat sebarang perpindahan masuk pada musim hadapan. Pihak Chelsea meminta hukuman tersebut ditangguhkan sehingga jendela perpindahan yang akan datang bagi memberi ruang kepada mereka untuk mengisi kelemahan dalam skuad sekarang.