Malaysia Berita

Liverpool bawa suasana Anfield di Malaysia

Kuala Lumpur menjadi perhentian untuk LFC World yang dibawakan oleh Standard Chartered selama dua hari bagi LFC World Hub di One Utama Center Court, Kuala Lumpur dari 20 – 21 April 2019 dan akan dibuka setiap hari .

Peminat Liverpool di Malaysia akan dapat menikmati pelbagai aktiviti dan berpeluang bertemu dengan beberapa wira Liverpool – Jason McAteer, Sami Hyypia dan Steve McManaman.

LFC World yang dibawakan oleh Standard Chartered telah melawat lebih sembilan lokasi di seluruh dunia, membawa pengalaman LFC sebenar kepada beribu-ribu peminat The Reds.

Sami Hyypia, LFC Legend, berkata ; “Untuk Reds di Malaysia, LFC World Kuala Lumpur adalah tempat di mana anda mahu berada. Kami tahu, tak semua peminat kami boleh ke Anfield, jadi inilah cara kami untuk membawa Anfield lebih dekat dengan mereka. Kita tidak sabar untuk bertemu dengan semua orang, ia akan menjadi hujung minggu yang hebat. ”

Di dalam LFC World Hub , peminat mereka akan dapat menikmati suasana Anfield secara lebih dekat dengan beberapa tempat ikonik di rekakan khas di sini – Shankly Gates, This Is Anfield dan bilik persalinan pemain.

Terdapat banyak aktiviti yang menyeronokkan bagi para peminat untuk mengambil bahagian di sepanjang acara dan hadiah menarikh turut disediakan oleh Standard Chartered dan rakan kongsi yang lain, termasuk Western Union, Joie Baby, Malaysia Airlines, Carlsberg dan Nord VPN.

Peminat The Reds juga berpeluang berkongsi suasana di Anfield apabila bakal disajikan dengan tontonan percuma perlawanan diantara Liverpool dan Cardiff City pada hari Ahad, 21 April, jam 11 malam ini. Ia juga akan dimeriahkan lagi dengan aktiviti bersama-sama lagenda Liverpool sebelum perlawanan bermula.

Standard Chartered mengajak semua peminat Liverpool untuk mengunjungi hab ini dan segala maklumat lanjut tentang LFC World Hub boleh didapati di sini: www.WinLFCWorld.com

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Encik Abrar A. Anwar berkata, “Liverpool  adalah salah satu daripada kelab bola sepak dunia yang terkenal dengan pelbagai jenis peminat di pasaran utama kami, termasuk Malaysia, dan kami bangga dikaitkan dengan mereka. Kami sangat teruja untuk memperluaskan faedah eksklusif, termasuk akses kepada Liverpool FC Legends, barangan dan juga tiket ke Anfield, kepada pelanggan, kakitangan dan peminat LFC. Selain itu, mereka yang mendaftar untuk kad kredit Standard Chartered Liverpool FC pada 30 April 2019 akan diberi ganjaran wang tunai untuk bulan Mei. “