Luar Negara Berita

Diego Costa terima padah selepas hina mak pengadil

Jawatankuasa Persaingan RFEF telah menghukum Diego Costa dengan gantung lapan perlawanan oleh kerana tingkah laku beliau semasa Atletico Madrid tewas ke atas Barcelona.

Ini bermaksud Costa akan diketepikan sehingga penghujung musim ini.

Empat daripada lapan perlawanan itu adalah disebabkan mengeluarkan kata-kata kesat, manakala empat lagi adalah kerana mengasari pengadil perlawanan setelah ditunjukkan kad merah.

Selain itu, kedua-duanya – Costa dan Atletico – telah didenda. Costa perlu membayar 6,010 euro manakala Atleti perlu membayar 2,800 euro.

Menurut laporan pengadil perlawanan, Manzano, penyerang itu bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada beliau dengan berkata, “”I s*** on your wh*** mother, ”

Atletico berhak merayu terhadap halangan  tersebut.