Luar Negara Berita

Tiga penyokong Chelsea dihalang masuk stadium

Seramai tiga orang penyokong Chelsea dihalang daripada memasuki Stadium Slavia Prague bagi menyaksikan perlawanan suku akhir pertama Liga Europa pagi tadi.

Mereka dikenal pasti sebagai penyokong yang mengeluarkan ejeken berbaur perkauman kepada penyokong Liverpool, Mohamed Salah.

Chelsea memuat naik satu kenyataan di laman web mereka sambil mengutuk segala jenis gelagat yang bersifat diskriminasi selepas satu rakaman video menunjukkan penyokong mereka menghina pemain Liverpool tersebut.

(Photo by Chloe Knott – Danehouse/Getty Images)

Kenyataan Chelsea itu berkata: “Chelsea FC akan bertindak tegas dan jika terdapat bukti mana-mana pemegang tiket bermusim Chelsea yang didapati melakukan kesalahan itu, kami akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka.

“Individu seperti ini mencemarkan imej majoriti penyokong Chelsea yang lain.”

Pengurus Chelsea bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara ini.

“Saya tidak boleh memberikan ulasan mengenai perkara yang saya tidak tahu. Saya tidak nampak dengan jelas. Tapi sudah tentu kelab berhak membuat keputusan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu Liverpool turut memuat naik kenyataan mereka dalam laman web dengan menyebut, “rakaman video tersebar dalam talian, menunjukkan laungan berunsur diskrimasi yang ditujukan ke atas pemain kami, ia perbuatan bahaya dan mengganggu. Gelagat seperti ini perlu dibanteras.”

Isu perkauman semakin kuat melanda bola sepak selepas beberapa siri kelakuan yang mengundang rasa kurang para pemain.