Malaysia Berita

Kelantan guna hasil jualan tiket untuk bayar gaji pemain

Sementara menunggu penaja baharu, pemain Kelantan akan mengharapkan hasil jualan tiket perlawanan sebagai sumber pembayaran gaji mereka, kata Ahli Lembaga Pengarah Kelantan Red Warriors Sdn Bhd (KRW), Syed Abdullah Syed Mahmood.

“Dalam hal ini, penyokong pasukan perlu bersama-sama membantu pengurusan dengan hadir ke stadium membeli tiket perlawanan dan sekali gus menyaksikan pemain pada setiap perlawanan selepas ini.

“Saya yakin dengan harga RM12 (harga) tiket (terbuka) yang dibayar penyokong akan dapat menyumbang kepada dana pengurusan untuk membayar gaji pemain buat sementara waktu,” katanya di sini, hari ini.

“Kita ada tiga perlawanan sini dalam masa terdekat ini. Sehubungan itu, kita harap penyokong akan membantu dengan hadir menyaksikan perlawanan semua berkenaan,” katanya.

Kelantan sebelum ini diuruskan oleh My Inspiration Sdn Bhd sehingga 4 April lalu di mana mereka menarik diri daripada pengurusa KRW yang sebelum ini dibentuk bersamad dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

“Ada beberapa syarikat yang saya sudah temui dan berbincang secara awal untuk membantu pasukan kita. Saya amat berharap pasukan ini kembali stabil dengan adanya sokongan penyokong,” katanya.