Kolum

Rekod lima pengurus Liga Perdana setelah Solskjaer dilantik

Manchester United telah melantik Ole Gunnar Solskjaer selaku pengurus tetap bulan lalu dengan kontrak selama tiga tahun.

Beliau sebelum ini dilantik selaku pengurus sementara United setelah Jose Mourinho dipecat pada Dicember lalu dan telah membawa tuah buat skuad United.

Dengan 10 kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan telah membuktikan bahawa beliau sememangnya layak untuk duduk di kerusi panas United.

Dibawah kendalian beliau, United telah berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan menewaskan Paris Saints-Germain serta berada dalam pertarungan untuk merebut kedudukan empat terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Sebelum kedatangan Solskjaer, United dilihat seperti terumbang ambing dibawah kendalian Jose Mourinho dengan beberapa siri permulaan yang buruk.

Tetapi jurulatih daripada Portugal masih memegang rekod sebagai jurulatih paling berjaya pernah mengurus United dengan memenangi Liga Europa dan Piala EFL.

Pasukan Liverpool dibawah kendalian Jurgen Klopp berjaya mencatat sembilan kemenangan, empat keputusan seri dan satu kekalahan sejak Ole Gunnar Solskjaer dilantik selaku pengurus United.

Liverpool mempunyai musim yang baik dibawah kendalian Jurgen Klopp, berada di puncak takhta Liga Perdana setelah menang dengan Tottenham pada hujung minggu lalu.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Kesilapan daripada Hugo Louris, penjaga gol Spurs telah memberi kemenangan bergaya buat anak buah Jurgen Klopp yang mahu meneruskan rentak kemenangan bagi menjarakkan diri mereka dengan Manchester City.

Jurgen Klopp masih mempunyai dua piala yang menjadi impian penyokong Liverpool untuk dimenangi – Liga Juara-Juara dan Liga Perdana.

Dengan kejohanan Liga Juara-Juara bakal bersambung minggu hadapan, Liverpool diundi bertemu Porto pada saingan suku akhir di Anfield.

Manakala Pep Guardiola, pengurus Manchester City duduk ditempat ketiga dengan rekod 10 kemenangan dan tiga keputusan seri sejak Ole Gunnar Solskjaer mengambil alih United.

Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Pengurus kelahiran Sepanyol telah berjaya membawa pulang kejuaraan takhta Liga Perdana musim lalu dengan mengutip 100 mata daripada 32 kemenangan, empat keputusan seri dan dua kekalahan.

Pada musim ini, Pep Guardiola dilihat bakal merebut tiga piala utama, di mana beliau perlu bersaing dengan Liverpool bagi perebutan takhta Liga Perdana. Dalam masa yang sama, beliau juga mahu memastikan Manchester City memberi aksi yang cemerlang pada pertemuan suku akhir bertemu Tottenham Hotspur di gelanggang sendiri minggu hadapan dan pertemuan separuh akhir Piala FA dengan Brighton.

Di kem Arsenal pula, Unai Emery telah mencatat lapan kemenangan, dua keputusan seri dan tiga kekalahan.

Arsenal berada di tempat ketiga berikutan kekalahan Tottenham dengan Liverpool pada saingan Liga Perdana minggu lalu dan berjaya mendahului tiga mata di belakang United dan Spurs.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Beliau berjaya menghidupkan kembali harapan Arsenal pada saingan Liga Europa setelah berjaya bangkit menewaskan Rennes setelah tewas pada pertemuan pertama pusingan 16.

Arsenal bakal bertemu dengan Napoli pada saingan suku akhir Liga Europa.

Manakala jurulatih Spurs, Mauricio Pochettino mencatat tujuh kemenangan, satu keputusan seri dan lima kekalahan sejak Solskjaer mengambil alih tampuk kepimpinana United.

Bagi pengendali Chelsea, Maurizio Sarri menghadapi musim sukar apabila beberapa siri kekalahan telah mengakibatkan penyokong Chelsea meminta bahawa beliau segera dipecat oleh pengurusan Chelsea.

Dengan rekod enam kemenangan, dua keputusan seri dan lima kekalahan. Adakah Sarri mampu untuk mengekalkan kedudukan beliau pada musim hadapan dan meyakinkan kembali kepercayaan penyokong buat beliau?