Luar Negara Berita

Penyokong Real Madrid lebih mencabar daripada Atletico

Thibaut Courtois percaya bahawa penyokong Real Madrid meminta lebih banyak daripada para pemain berbanding pesaingan terdekat mereka, Atletico Madrid

Penjaga gawang Belgium telah mengalami musim pertama yang sukar di Santiago Bernabeu dan telah dikecam dengan teruk oleh media Sepanyol.

Courtais percaya terdapat situasi yang berbeza antara dua penyokong kelab ini.

“Terdapat tekanan di Madrid (Real), peminat lebih mencabar, dan saya suka itu,” katanya.

(Photo by Jose Breton/NurPhoto via Getty Images)

“Anda tidak boleh membandingkan satu stadium dengan yang lain, Bernabeu dengan (Vicente) Calderon.

“Jika anda melihat penyokong Madrid, anda akan melihat betapa hebatnya Madrid, ia adalah yang terbaik yang pernah saya lihat. Atleti tidak mempunyai apa-apa,” kata Courtois kepada El Transistor.

Tetapi itu tidak bermaksud Courtais mahu menyebarkan kebencian buat penyokong di Atletico Madrid.

“Saya suka sukan ini dan saya banyak membaca kewartawanan sukan serta perkara mengenai Atleti,” katanya.

“Saya juga bertemu dengan Filipe (Luis) dan Diego Costa dan kami bercakap mengenai perkara sama.

(photo by Leonardo Prieto/Action Plus via Getty Images)

“Saya membawa kenangan hebat dari Atletico dan saya sentiasa gembira melihat mereka,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa Madrid adalah antara kelab yang disokong oleh beliau.

“Saya mula mengikuti Madrid kerana saya menyukai Iker Casillas, saya juga menyukai gaya (Edwin) Van der Sar.

“Saya membeli jersi Iker dan saya mempunyai bendera Bernabeu di dalam bilik saya.

“Saya tidak menyokong Real Madrid tetapi saya menyukainya,” katanya.

Bercakap mengenai perebutan tempat dengan Keylor Navas.

(Photo by Gonzalo Arroyo/ Getty Images) (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

“Lopetegui bercakap dengan kami dan berkata Keylor akan memainkan dua perlawanan pertama dan saya akan bermain dua lagi.

“Selepas itu, dia tidak memberitahu kami apa-apa,” katanya.

“Saya mempunyai hubungan baik dengan Keylor, dia adalah rakan sepasukan yang baik, tetapi persahabatan tidak dibuat dalam tempoh lima bulan,” katanya.

Ia merupakan musim pertama yang sukar untuk pemain Belgium di Los Blancos.

“Saya tidak menyesal datang, Madrid adalah kelab yang selalu saya mahu.