Liga Super Malaysia Berita

Kedah bersedia tanpa kelibat Renan Alves

Kedah terpaksa melupakan khidmat pertahanan tengah mereka, Renan Alves selepas beliau dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang PKNS FC di Stadium Darul Aman, 2 Mac lalu.

Renan Alves bakal terlepas aksi penting bertemu Johor Darul Ta’zim esok malam, di mana Alves turut terlepas perlawanan sebelum rehat antarabangsa ketika Kedah tewas 0-1 ke atas Pahang pada 8 Mac lalu.

Bagi pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak sudah menjangka perkara ini dan telah melakukan persiapan bagi menghadapi situasi ini.

“Kami sudah menjangkakan perkara (penggantungan) ini dan kami juga telah melakukan segala persiapan sebelum ini  untuk berhadapan dengan situasi kemungkinan hal ini terjadi,” kata Aidil.

“Antara persiapan yang kami lakukan adalah mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan melalui program Jelajah Lembah Klang dua minggu lalu untuk mencari formula terbaik pada posisi berkenaan.

“Kami perlu memikirkan beberapa pilihan seperti pelan A dan pelan B untuk meneruskan perancangan sebagai usaha  memantapkan pasukan untuk berhadapan JDT kali ini.

“Saya yakin semua pemain bersedia dengan perancangan yang akan kita lalukan untuk berhadapan JDT dan kita lihat pemain bersungguh-sungguh melakukan persiapan sewaktu latihan yang diadakan sebelum ini.”

Kedah yang berada di tangga ketiga Liga Super dengan perbezaan lima mata dengan pendahulu liga, JDT.