Luar Negara Berita

Ajax Tendang Real Madrid Keluar

Real Madrid terus dirundung nasib malang apabila ditendang keluar daripada kejohanan Liga Juara-Juara Eropah yang pernah dikuasai oleh kelab gergasi Sepanyol ini.

Penguasaan Madrid terhenti pada kejohanan Eropah setelah mereka dibedil teruk, 0-4 oleh wakil kelab daripada Belanda, Ajax untuk mara ke kelompok lapan terbaik.

Lebih mendukakan adalah pasukan kendalian Santiago Solari dimalukan di halaman sendiri dengan gol awal daripada Hakim Ziyech dan David Neres pada babak pertama sebelum Dusan Tadic dan Lacce Shone melengkapkan kemenangan selesa 5-3 secara agregat.

(Photo by Burak Akbulut/Anadolu Agency/Getty Images)

Dalam perkembangan yang sama, Solari menegaskan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan biarpun Real Madrid tewas mengejut dengan kelab daripada Belanda.

“Saya tidak datang ke kelab ini dalam waktu yang sukar hanya untuk menyerah kalah,” kata Solari selepas perlawanan.

“Jelas kami sudah berikan semuanya tetapi kami gagal mara.”

Untuk rekod, Real Madrid telah tersingkir dalam dua kejohanan dalam masa dua minggu, di mana mereka diketepikan untuk kejohanan Copa del Rey oleh Barcelona minggu lalu dan terbaru terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Dengan kekalahan La Liga di tangan Barcelona minggu lalu, Solari yang mengikat kontrak hingga 2021 dibayangkan oleh media tempatan bahawa beliau tidak akan kekal lama di kerusi pengurus Real Madrid.