Malaysia Berita

Selangor Kaya Sejarah, Tapi Miskin Didalam – B. Sathianathan

Pengendali baru Selangor, B. Sathianathan mengkritik bekas pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) terdahulu yang gagal menyediakan segala kemudahan kepada pasukan negeri.

Beliau mendakwa bahawa kemudahan yang ditinggalkan pengurusan terdahulu hampir semuanya tidak boleh dipakai dan ia memberi kesan kepada persedian pasukan beliau.

Kegagalan pengurusan terdahulu dalam menyediakan kemudahan kepada pasukan negeri terbabit tidak mencerminkan kekayaan sejarah yang dimiliki pasukan bolasepak Selangor.

Memetik kata-kata beliau di NST, “Selangor tidak mempunyai kemudahan sewajarnya walaupun sejarah mereka kaya dalam bola sepak Malaysia. Hari ini, pasukan tidak mempunyai padang latihan tetap dan juga ruang ganti yang baik.

“Pemain saya perlu berkongsi bilik semasa latihan. Ramai warga asing menyertai Selangor kerana bangga dengan sejarah Selangor, tetapi kecewa apabila mereka menyedari bahawa kemudahan berada dalam keadaan miskin.

“Baru-baru ini, saya telah meminta sesi latihan di Stadium Shah Alam, tetapi saya terkejut, pengurusan tempat itu berkata ia tidak sedia untuk digunakan. Saya hairan kerana liga akan bermula dalam masa tujuh hari.

“Saya menyalahkan pengurusan terdahulu. Bagaimanapun, saya yakin bahawa pengurusan sekarang akan membuat lebih baik untuk pasukan secara berperingkat-peringkat, “kata Sathianathan pada NST.