Malaysia Berita

Pahang Rayu Tukar Status Mohamadou Sumareh

Status pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh menjadi tanda tanya untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan biarpun sudah menyarung jersi kebangsaan pada saingan Piala AFF tahun lalu.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini menyatakan bahawa pemain kelahiran Gambia itu hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan selepas Mac ini.

Manaka skuad Tok Gajah akan menyenaraikan empat pemain import baharu biarpun status pemain sayap negara, Sumareh selaku pemain tempatan belum disahkan oleh MFL.

Perkara itu disahkan oleh pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang kepada Berita Harian,”Kita harap MFL membenarkan Sumareh beraksi sebagai pemain tempatan kerana dia juga pemain naturalisasi yang beraksi pada Piala AFF lalu.

“Mengikut  perancangan, Pahang akan menyenaraikan dua penyerang import dan masing-masing seorang di posisi tengah dan pertahanan,” katanya.