Malaysia Berita

Perlis Terpaksa Lupakan Khidmat Liridon

Perlis terus kempunan untuk mendapatkan khidmat bekas pemain tengah menyerang Kedah, Liridon Krasniqi selepas pemain itu dinyatakan akan menyarung jersi pasukan lain.

Perkara ini disahkan oleh Presiden Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie selepas PFA menghubungi Liridon sendiri.

Juster, PFA kini sedang berusaha untuk mencari import lain dengan beberapa nama sudah disenarai pendek dan akan diputuskan sebelum 20 Februari ini.

“Bagi pemain import kami memang belum menandatangani mana-mana pemain lagi, maknanya kuota empat import masih kosong dan hasrat untuk dapatkan Liridon bukan spekulasi.

“Kami menghubungi Liridon, malangnya dia sudah menyatakan persetujuan untuk bersama pasukan lain di dalam Malaysia, tapi bukan Perlis. Jadi, kita terpaksa melepaskan hajat untuk mendapatkan khidmat dia.

“Masa semakin terhad untuk memilih import dan kami menggunakan saranan daripada penyokong supaya mengambil pemain import yang pernah bermain di Liga M,” katanya kepada Berita Harian