Malaysia Berita

Harimau Malaya : Tahun Baru, Cabaran Baru

Pasukan negara menunjukkan kebangkitan sepanjang tahun 2018 selepas beberapa aksi suram sepanjang tahun sebelum ini. Harimau Malaya bakal berdepan tugas getir apabila memasuki tahun baru dengan beberapa kejohanan yang dilihat bakal memberi ujian yang sebenar kepada skuad kebangsaan.

Kejayaan layak ke pentas final Piala AFF Suzuki 2018 adalah antara kenangan manis yang dicatat pasukan negara. Selain daripada itu, kebangkitan beberapa pemain muda dalam kejohonan Sukan Asia tahun lalu juga antara detik yang membanggakan pasukan negara.

Biarpun tewas di tangan Vietnam pada pentas final Piala AFF Suzuki 2018. Prestasi Harimau Malaya dilihat memberangsangkan dibawah kendalian Tan Cheng Hoe dengan membawa masuk beberapa falsafah bolasepak yang dilihat positif.

Bagi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin. Beliau menyifatkan tahun 2018 adalah tahun kebangkitan Harimau Malaya dalam kancah bolasepak antarabangsa. Selain daripada itu, beliau turut percaya kemampuan skuad negara dalam mengharungi tahun 2019 yang lebih mencabar.

“Selepas berlabuhnya tirai 2018, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih buat seluruh penyokong Harimau Malaya dan pucuk pimpinan persatuan negeri yang mempamerkan sokongan padu kepada FAM.

“Bagi pihak FAM saya juga ingin menghulurkan ucapan terima kasih kepada rakan penaja, pemegang kepentingan dan agensi kerajaan yang memberi sumbangan dan kerjasama demi memastikan bola sepak tempatan kekal hidup.

“Tahun 2018 boleh dirumuskan sebagai titik kebangkitan yang mencetuskan semangat dan kebanggaan jitu dalam kalangan penyokong, tergambar menerusi sokongan peminat sepanjang kempen Piala AFF.

“Ternyata semangat perpaduan seperti ini adalah asas kepada bola sepak Malaysia. Saya berharap ikatan ini menjadi lebih kuat pada tahun akan datang atas nama ‘Demi Lencana Di Dada’,” katanya.