Malaysia Berita

TMJ Tak Gentar, Sedia Berhadapan KFA

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menyatakan bahawa beliau tidak gentar untuk berhadapan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam isu perebutan pemain muda negara, Akhyar Rashid. Biarpun isu ini akan dibawa ke pengetahuan Perseketuan Bolasepak Antaranbangsa atau Mahkamah Timbang Tara (CAS).

Tunku Ismail juga meminta bahawa pihak KFA menyalahkan diri mereka sendiri kerana tidak menjaga pemain dengan baik. Malah menganggap bahawa ini adalah kegagalan KFA sehingga Akhyar mahu berhijrah ke kelab lain.

“Jika hari ini Safawi Rasid (pemain JDT) datang kepada saya dan mengatakan dia mahu menebus kontraknya dan meninggalkan kelab ini, saya akan terima dengan hati yang terbuka.

“Saya tidak boleh kecewa dengannya atau pasukan yang hendak mendapatkan pemain itu. Kenapa? Kerana ini bermakna kelab tidak menjaga pemain itu dengan baik sehingga mendorong pemain untuk berhijrah.

“Saya hanya boleh menyalahkan diri sendiri dan kelab ini kerana tidak dapat menjaga pemain dengan baik. Saya akan melihatnya sebagai satu kegagalan kami kerana mungkin kami ada melakukan kesilapan. Sekarang, Kedah menyalahkan orang lain.

“Pertama, anda tidak faham peraturan. Kedua, anda menyalahkan orang lain untuk kelemahan anda sendiri. Jika Kedah merasakan bahawa mereka mahu membawa Akhyar atau JDT ke CAS atau pun FIFA, teruskan,” kata TMJ dalam kenyataan di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers.