Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Komen Chatchai Jadi Pencetus Motivasi Kami – Zaquan Adha

Kapten pasukan Harimau Malaya, Zaquan Adha mengakui komen pedas daripada penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom yang mendakwa Malaysia bakal mengalami ‘mimpi buruk’ menjadi pencetus semangat buat pemain Malaysia.

Selepas keputusan seri dengan Thailand pada separuh akhir pertama, Malaysia dilihat turun dengan motivasi yang tinggi. Cubaan penjaga gol Thailand menakut-nakutkan Harimau Malaya tidak membuahkan hasil malah ia memakan diri sendiri apabila beliau melepaskan dua gol. Malaysia berjaya menundukkan Thailand dengan keputusan seri serta layak ke pentas akhir dengan peraturan gol di tempat lawan.

“Bagi saya, komen dari penjaga gol membuatkan kita menang,” kata Zaquan. “Apa yang mereka mahu katakan, itu adalah hak mereka tetapi kami hanya memberi tumpuan dan kami menang untuk memberi pengajaran kepada penjaga gol tersebut.”

Cerita yang berbeza mungkin akan tertulis jika Adisak Kraison berjaya menjaringkan penalti disaat-saat akhir perlawanan semalam.

Malaysia yang kali terakhir menjulang Piala AFF Suzuki pada edisi 2010 yang lalu akan bermain perlawanan pertama final Piala AFF Suzuki 2018 di halaman sendiri sebelum ke tempat lawan.

“Bagi saya, tidak mudah untuk kita bermain di Bangkok, jadi permainan ini sangat mengagumkan,” kata Zaquan. “Dalam bola sepak, apa saja boleh berlaku dan pemain kami bermain dengan usaha yang keras.

“Ia belum selesai. Kami berada di perlawanan akhir tetapi ia tidak mudah untuk menjadi juara jadi kami perlu bekerja lebih keras selepas ini. “