Liga Super Malaysia Berita

JDT Alukan Kedatangan Dua Import Baharu

Kelab daripada selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim telah memperkenalkan dua import baharu mereka bagi mengisi kekosangan yang ditinggalkan beberapa pemain sebelum ini.

Kedatangan mereka akhir menamatkan penanti penyokong Harimau Selatan itu. Dua import tersebut adalah Aaron Niquez dan Mauricio dos Santos Nascimento yang hadir di Pusat Latihan Padang Seri Gelam.

Kedatangan dua pemain import tersebut adalah salah satu usaha JDT dalam memantapkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan.

Kehadiran dua pemain import tersebut dinyatakan dalam Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tiger.

“Kami ingin mengucapkan selamat datang kepada pemain luar negara baharu JDT iaitu Aaron Niguez dari Sepanyol,” kata kenyataan itu yang turut mengucapkan selamat datang kepada Mauricio dari Brazil.