Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Kita Mampu Ke Final – Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq percaya skuad negara mampu mara ke final Piala AFF Suzuki 2018 menjelang perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Beliau yakin dengan kemampuan anak buah Tan Cheng Hoe dan percaya bahawa mereka mampu untuk melaksanakan tugas dengan baik

“Kita mempunyai banyak peluang melalui Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan Sumareh (Mohamadou Sumareh) namun, gagal diterjemahkan. Jika corak permainan semalam dikekalkan, kita mampu ke perlawanan akhir.

Beliau juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokong negara yang hadir ke stadium bagi menyokong pemain negara serta percaya bahawa sorakan dan sokongan mereka membantu menaikkan motivasi pemain.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada lebih 87,000 penyokong yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, sorakan mereka mengegarkan stadium dan membantu meningkatkan semangat pemain,” katanya.

Keputusan seri tanpa jaringan menyaksikan pasukan Harimau Malaya menghadapi misi sukar menjelang perlawanan separuh akhir kedua, Sabtu ini.