Malaysia Berita

Malaysia Lonjak Naik Dua Anak Tangga

Menjelang perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 diantara pasukan negara dan Thailand, Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Skuad negara mendapat khabar gembira selepas ranking Malaysia naik dua anak tangga.

Ini menyaksikan pasukan negara melonjak naik daripada tangga ke 169 ke tangga 167 dan turut berada di kedudukan ke-34 dalam kalangan negara Asia dengan mengumpul mata keseluruhan sebanyak 984, tambahan 10 mata berbanding sebelum ini. 

Bagi Asia Tenggara, Vietnam jauh meninggalkan pasukan-pasukan Asia Tenggara yang lain dengan berada pada kedudukan terbaik di tangga ke-100 dunia manakala Thailand berada di tangga ke-118 dunia. 

Malaysia bakal menghadapi misi sukar pada separuh akhir nanti dengan Thailand yang dianggap bukan lawan mudah kepada skuad negara.