Malaysia Berita

FAS Akan Adakan Mesyuarat, Bincang Isu EGM

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kama Hamidon menyatakan pihaknya belum membuat keputusan sama ada cadangan Kongres Luar Biasa (EGM) akan diadakan atau tidak meskipun terdapat beberapa desakan daripada ahli majlis.

Tambah beliau terdapat beberapa ahli yang menghantar notis agar EGM dijalankan tetapi akan mengambil tindakan lanjut selepas mesyuarat dalam masa terdekat.

“Ya kami ada terima notis berhubung pengumuman itu tetapi kami belum memutuskan sebarang keputusan lagi,

“Ia perlu dibincangkan lebih dengan lanjut dalam mesyuarat berkemungkinan diadakan dalam masa terdekat.” katanya kepada Berita Harian

Sebelum ini ada beberapa ahli gabungan menyatakan yang mereka telah ditipu setelah diminta menurunkan tandatangan pada surat sokongan kepada kepimpinan Raja Muda Selangor tetapi sebaliknya tandangan mereka digunakan untuk tujuan memintak agar EGM dilaksanakan.

Ahli gabungan meminta EGM diadakan bagi menuntuk rombakan sepenuhnya membabitkan jawatan EXCO.