Luar Negara Berita

Ronaldo Bersedia Bertemu United

Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo bersedia untuk berhadapan bekas kelabnya Manchester United pada aksi Liga Juara-Juara pagi Selasa ini dan beliau percaya kelab dari Itali mampu untuk mencatat kemenangan.

Ronaldo kembali di Old Trafford buat kali pertama sejak 2013 sewaktu bersama Real Madrid dimana beliau berjaya membawa kelab dari Sepanyol itu ke suku akhir Liga Juara-Juara pada dengan United.

“Emosi? Saya boleh ingat ketika saya berada di Manchester,” kata beliau kepada sidang akhbar pada hari Isnin.

“Saya memenangi banyak trofi di sini. Saya masih ingat sokongan itu, sokongan itu hebat. ”

Ronaldo mengangkat tiga gelaran Liga Perdana, Piala FA dan dua Piala Liga serta Liga Juara-juara selama enam tahun di United dan beliau menjangkakan perlawanan sukar menentang pasukan Jose Mourinho meskipun United masih bergelut.

United berada di tangga ke-10 dalam Liga Perdana selepas permulaan yang kurang baik musim ini dan kedua di Liga Juara-Juara Kumpulan H, dua mata di belakang Juve selepas menang dan seri dalam dua perlawanan pertama mereka.

“Ia akan menjadi satu permainan yang sukar. Manchester mempunyai pasukan yang bagus, mereka bermain di rumah, ” kata Ronaldo. “Ia akan menjadi misi sukar bagi kami, tetapi kami mempunyai senjata kami. Kami mempunyai peluang, saya tahu jika kami bermain cara yang dikehendaki jurulatih, kami mempunyai peluang yang baik untuk memenangi perlawanan ini. “