Malaysia Berita

Malaysia Menang, Sumareh Gegar Gawang

Skuad negara berjaya menewaskan Sri Lanka dengan jaringan 1-4, terima kasih kepada Sumareh kerana mengetuai kebangkitan Malaysia apabila dimasukkan pada minit ke-45 menggantikan Shahrel Fikri.

Pada perlawanan sebentar tadi, Malaysia terdahulu ketinggalan apabila tuan rumah menjaringkan gol hasil daripada bola muntah yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol negara, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam.

Penyerang berpengalaman negara, Norshahrul Idlan Talaha, bangkit untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-29 dalam penampilan pertama beliau setelah dua tahun tidak dipanggil mewakili negara.

Malaysia menambah jaringan kedua apabila Adam Nor Azlin menanduk masuk bola tendangan sudut Syazwan Andik 11 minit kemudian

Dengan permainan berbaki lagi lima minit menuju wisel penamat, Sumareh menambah derita tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol pertama beliau untuk pasukan negara.

Beliau yang kelihatan yakin menambah gol antarabangsa pada minit-minit akhir perlawanan menjadikan kedudukan Malaysia selesa dengan 4 gol berbalas 1.

Kemenangan ini adalah kemenangan kelapan skuad kebangsaan ke atas Sri Lanka sejak tahun 1972.