Liga Super Malaysia

Turan Di Siasat Polis Turki

Polis memulakan siasatan ke atas pemain tengah antarabangsa Turki, Arda Turan pada Khamis lalu atas laporan bahawa dia terlibat di dalam pergaduhan dengan bintang pop di sebuah kelab malam di Istanbul, lapor agensi berita Demiroren (DHA) dan media lain.

Turan, yang kini dipinjam ke kelab Turki, Istanbul Basaksehir, dipanggil oleh pihak pendakwa untuk membuat kenyataan kepada polis selepas mereka menerima laporan pergaduhan  pemain dengan penyanyi Berkay Sahin, kata DHA.

Ia memetik kenyataan yang diberi Turan kepada polis sebagai berkata, Turan menolak tuduhan keatasnya bahawa dia mengganggu Sahin dan dia juga menafikan bahawa menembak penyanyi itu.

Jurucakap polis Istanbul berkata pihak polis telah meminta kenyataan daripada Turan dan mereka tidak memberikan butiran lanjut.

Turan menyertai Barcelona dari Atletico Madrid untuk 34 juta euro (£ 29.8 juta) pada 2015, memenangi enam trofi, menjadikan 55 penampilan dan menjaringkan 15 gol untuk pasukan Catalan. – Reuters