Luar Negara Berita

Bernando Silva Jaringkan Gol Untuk Kemenangan Portugal

Pemain sayap Manchester City, Bernardo Silva menjaringkan gol ketika Portugal mengalahkan Poland dalam Liga Bangsa-Bangsa.

Silva menjaringkan gol kira-kira 40 meter dari gawang gol lawan dengan rembatan kerasnya menerjah bawah jarring gol pihak lawan.

Penyerang Genoa yang kini dalam prestasi terbaik, Krzysztof Piatek telah memberi Poland gol pendahuluan sebelum Andre Silva menyumbat gol penyamaan pada minit ke-31.

Pada minit ke-42, Kamil Glik pemain tuan rumah menjaringkan gol sendiri dan menjadikan kedudukan selesa buat Portugal, 1-2.

Bernando Silva mengesahkan kemenangan buat Portugal apabila menjaringkan gol ketika perlawanan pada minit ke-52.

Pasukan tuan rumah cuba bangkit dengan menjaringkan gol kedua hasil jaringan Jakub Blaszcykowski, dengan perlawanan hanya berbaki 13 minit sahaja lagi. Tetapi nyata usaha mereka sudah terlambat.

Ini adalah perlawanan kedua Poland dan Portugal bertemu bagi perlawanan Liga Negara-Negara yang menyaksikan Poland kalah kedua-dua perlawanan

Untuk rekod, Portugal turun tanpa kapten Cristiano Ronaldo, yang tidak dipilih untuk perlawanan menentang Poland dan Scotland.