Piala Malaysia Berita

Perak Baham Sabah 5 Gol Tanpa Balas.

Perak langkah kanan apabila membelasah Sabah 5-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018 semalam yang berlangsung di Stadium Perak, di sini, malam tadi.

Perak mendapat gol pada minit ke-16, apabila hantaran pemain tengah, Muhammad Firdaus Saiyadi berjaya disempurnakan rakan sepasukan, Mohd Nor Hakim Hassan dipenjuru kiri gawang Sabah.

Perak menambah derita Sabah apa bila menyumbat gol pada minit ke-42, apabila Nor Hakim dan Wander Luiz membuat gerakan satu dua berjaya disudahkan dengan cantik oleh pemain import dari Brazil itu yang menewaskan penjaga gawang Sabah, Rozaimie Rohin.

Sabah nyaris mendapat gol selepas sepakan percuma dilakukan awang import, Hector Ramos pada minit ke-64 permainan merembat ke sebelah kanan gawang Perak berjaya ditepis keluar Muhammad Hafizul.

Perak menambah jaringan ketiga pada minit ke-73 melalui Gilmar Da Silva yang bijak menolak bola ke dalam gol berpunca daripada satu situasi kelam kabut di hadapan pintu gol lawan.

Gol ke empat dan ke lima hadir masing-masing pada minit ke-76 dan minit ke-92, oleh Muhammad Firdaus dan Leandro Dos Santos.