Piala Malaysia Berita

TFC Atasi JDT

Irfan Bakti, jurulatih Terengganu FC, memasukan Malik Mat Ariff pada babak kedua ternyata membuahkan hasil apabila beliau berjaya menjaringkan gol bagi menewaskan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 pada separuh akhir partama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Kemenangan ini memberi kelebihan kepada anak buah Irfan Bakti Abu Salim menjelang separuh akhir kedua di Larkin pada 20 Oktober depan.

Malik menjaringkan gol pada minit ke-78 apabila dia menampan masuk hantaran silan kapten Kipre Tchetche dari sebelah kiri yang menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

Sebelum itu beliau hampir pasti mencetak nama sebagai penjaring apabila lambat menyambar bola hantaran Tchetche.

Dengan sokongan lebih 10,000 peminat setia, skuad Penyu melakukan ancaman awal melalui sepakan percuma Lee Tuck pada minit keempat namun rembatan pemain kelahiran England itu sedikit tersasar.

Seminit selepas itu Tuck hampir membuka tirai jaringan apabila lorongan cantik Tchetche singgah di depannya, namun belum sempat pemain itu menyambar hantaran itu pertahanan lawan terlebih dulu dapat mengeluarkan bola.

20 Oktober nanti akan berlansung timbal balik perlawanan di antara JDT dan TFC di Stadium Larkin.