Malaysia Berita

Bisa Sumareh Di Tagih Tan Cheng Hoe

Pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh akan menjadi pemain naturalisasi pertama negara setelah dipanggil ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe ke latihan pusat skuad kebangsaan Isnin depan.

Beliau akan menghadapi Sri Lanka bersama-sama enam pemain baharu yang dipanggil untuk melengkapkan senarai 24 pemain dalam perlawanan persahabatan kelas ‘A’, di Colombo pada 12 Oktober.

Pada 16 Oktober 2018, skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan melayan kunjungan Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Turut menyertai skuad kebangsaan termasuklah Matthew Davies (Pahang); penjaga gol, Haziq Nadzli dan Syamer Kutty Abba (Johor Darul Ta’zim) serta Kenny Pallraj dan Nor Hakim Hassan (Perak).

Perlawanan persahabatan kali ini menyaksiakan Cheng Hoe mengekalkan 16 pemain sebelum ini yang menyaksikan mereka tewas 2-0 di tangan Taiwan pada 7 September, sebelum bangkit membenam Kemboja 2-1 pada 10 September, tiga hari selepas tewas di tangan Taiwan.

Enam pemain digugurkan pada senarai kali ini iaitu dua dari JDT, Farizal Marlias dan Nazmi Faiz Mansor, Nasir Basharudin (Perak), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Syawal Nordin (Kedah) dan R Kogileswaran (Pahang).

Manakala Adam Nor Azlin (JDT) dan Norshahrul Idlan Talaha (Pahang) disenaraikan sekali lagi oleh Cheng Hoe selepas tidak menyertai pasukan sebelum ini walaupun nama mereka tersenarai dalam 24 pemain pada September lalu.

Perlawanan persahabatan kali ini adalah persiapan bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar menjadikan pentas persahabatan ini sebagai ujian sebelum menghadapi Piala Suzuki AFF 2018.

Berikut adalah senarai 24 pemain ke kem latihan skuad kebangsaan :

Penjaga gol : Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Haziq Nadzli, Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan : Shahrul Saad, Amirul Azhan Aznan, Adam Nor Azlin, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria, Matthew Davies, Rawilson Batuil, Fazly Mazlan

Tengah : Kenny Pallraj, Syamer Kutty Abba, Akram Mahinan, Azzizan Nordin, Mahalli Jasuli

Sayap : Nor Hakim Hassan, Syazwan Zainon, Akhyar Rashid, Mohamadou Sumareh, Syahmi Safari

Penyerang : Zaquan Adha Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Shahrel Fikri Md Fauzi