Berita Asia

Undian semula Sukan Asia hari ini-AFC

Undian semula bagi acara bola sepak lelaki di Sukan Asia 2018 yang akan berlangsung di Indonesia akan diadakan pada hari ini.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Undian semula itu terpaksa dijalankan selepas dua negara yang sepatutnya menyertai Sukan Asia didakwa tercicir daripada sesi undian awal bulan lalu.

Justeru, undian semula itu akan diadakan di ibu pejabat AFC di Bukit Jalil, jam 3 petang hari ini.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Palestin tidak mempunyai sebarang kumpulan ketika undian diadakan pada 5 Julai lalu meskipun kedua-dua negara itu sebenarnya sudah menghantar penyertaan masing-masing.

Kehadiran UAE dan Palestin akan menyaksikan negara yang bertanding meningkat kepada 26 pasukan.

Ini menjadikan empat kumpulan akan terdiri daripada empat buah pasukan sementara dua kumpulan lagi terpaksa bertanding lima pasukan.

Setiap pasukan yang bertanding boleh menurunkan tiga pemain berusia 23 tahun.

Undian sebelum ini menyaksikan skuad negara kendalian Datuk Ong Kim Swee bertemu juara bertahan, Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain dalam Kumpulan E. – Reuters