Malaysia Berita

Shahrel Fikri turun berlatih bersama skuad Nakhon Ratchasima buat kali pertama

Mantap!

Sejurus selepas menandatangani kontrak pinjaman bersama Nakhon Ratchasima FC, Shahrel Fikri secara rasmi turun berlatih bersama rakan sepasukannya di Stadium 80th Birthday pada petang tadi.

Melalui gambar yang dimuat naik oleh akaun rasmi Instagram Nakhon Ratchasima, Shahrel Fikri dilihat berlatih bersama skuad utama, walaupun masih belum pasti jika Shahrel akan turun beraksi petang esok, apabila Nakhon Ratchasima menerima kunjungan Chiangrai United untuk perlawanan pusingan pertama Piala FA Thailand.

Sekiranya diturunkan esok, Shahrel mungkin beraksi di bahagian sayap kanan, dalam formasi 4-2-3-1 yang sering digunakan oleh jurulatih pasukan, Milos Joksic.

Jika Shahrel tidak turun beraksi esok, dia dijangka akan membuat penampilan pertama menentang Sukhothai FC dalam aksi Liga Thai pada hari Sabtu ini.

Untuk mengenali kelab baru Shahrel Fikri dengan lebih lanjut, sila baca artikel di bawah!

Nakhon Ratchasima: 10 perkara tentang kelab Thai yang disertai Shahrel Fikri