Piala Dunia 2018 Kajian & Analisis

Tribe Ratings Pemain: Yann Sommer inspirasi Switzerland ikat juara 5 kali Piala Dunia

Brazil turun ke Rostov Arena untuk berentap dengan wakil benua Eropah iaitu Switzerland. Dibarisi dengan pemain ternama seperti Neymar, Marcelo, P. Coutinho dan T. Silva, Brazil terlebih dahulu membuka jaringan menerusi ‘curling shot’ oleh pemain tengah Barcelona, P. Coutinho.

Penguasaan bola dalam permainan jelas milik Brazil namun Switzerland sesekali juga melakukan serangan balas untuk menguji barisan pertahan dan penjaga gol skuad samba itu. Skor 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, serangan daripada Switzerland memberikan mereka sepakan sudut. Xherdan Shaqiri tenang mengambil sepakan tersebut sebelum Steven Zuber melakukan ‘free header’ menewaskan Alisson Becker yang tidak dikawal oleh mana-mana pertahanan Brazil.

Tersentak dengan gol penyamaan itu, Neymar dan rakan-rakan menggandakan asakan untuk  mencari gol kedua buat pasukan Brazil. Namun kekentalan barisan pertahanan dan Yann Sommer menanfikan satu demi satu cubaan tepat ke arah gol membuatkan pemain Brazil mati akal.

Skor 1-1 kekal sehingga pengadil perlawanan menamatkan perlawanan.

Berikut adalah ratings pemain Brazil dan Switzerland dalam perlawanan ini:

Ratings pemain Brazil:

Alisson Becker (7/10)

Kurang diuji kerana Switzerland tidak banyak melakukan serangan berbanding Brazil. Beliau juga dibantu oleh barisan pertahanan Brazil yang agak kental.

Danilo (6.5/10)

Bertahan dengan baik dan kadang-kala naik ke atas untuk membantu Willian melakukan serangan.

T. Silva (7/10)

Bergandingan dengan baik bersama Miranda. Menghalang beberapa serangan pasukan Switzerland.

Miranda (7.5/10)

Banyak melakukan ‘clearance’ bola di udara. Switzerland mengalami kesukaran untuk melepasi pemain ini.

Marcelo (7.5/10)

Naik ke atas untuk melakukan serangan. Bermain dengan baik bersama-sama pemain serangan namun tidak lupa untuk turun ke bawah dalam memastikan barisan pertahanan tidak bocor.

Casemiro (5/10)

Mematikan serangan pasukan Switzerland di bahagian tengah. Minit ke-60 beliau ditukarkan dengan Fernandinho.

Paulinho (5.5/10)

Bermain di kawasan tengah dan kadang-kala kehadirannya tidak begitu kelihatan ekoran Brazil lebih banyak bermain di bahagian sayap.

P. Coutinho (7/10)

Menjaringkan satu gol ‘curling shot’ yang cantik. Gandingan yang baik dibentuk bersama Neymar, Marcelo dan G. Jesus.

Willian (6.5/10)

Pemain ini agak lincah di bahagian sayap. Rajin juga turun ke bawah untuk membantu Danilo dalam mengekang asakan pihak lawan.

G. Jesus (6.5/10)

Bermain dengan baik bersama-sama Marcelo, Neymar dan P. Coutinho namun tidak memberikan impak yang tinggi dalam mengancam gawang lawan.

Neymar (7.5/10)

Memberikan segala-galanya demi pasukan. Terpaksa berhadapan dengan pemain Switzerland yang melakukan ‘marking’ ke atas beliau. Gerakan lincahnya dengan ‘cut inside’ beberapa kali memberikan sepakan percuma kepada pasukan Brazil.

Pemain Gantian

Fernandinho (n/a)

Masuk menggantikan Casemiro pada minit ke-60. Berjaya melakukan beberapa rembatan jarak jauh namun kebanyakkannya tersasar.

Renato Agusto (n/a)

Masuk pada minit ke-67 menggantikan Paulinho. Tidak banyak dapat ditonjolkan beliau.

Roberto Firmino (n/a)

Masuk menggantikan G. Jesus pada minit ke-79. Beberapa 'shot' berjaya mengancam kubu Switzerland namun tidak berjaya menambahkan jaringan.

Ratings pemain Switzerland:

Yann Sommer (8/10)

Bolos satu gol hasil daripada rembatan padu P. Coutinho namun disaat-saat akhir perlawanan beliau telah menyelamatkan beberapa percubaan tepat yang mampu meragut 1 mata daripada Switzerland.

Lichtsteiner (7/10)

Terpaksa berhadapan dengan Neymar, G. Jesus dan juga Coutinho yang banyak berlegar-legar dikawasan beliau. Sering juga naik ke atas untuk melakukan serangan.

F. Schar (7/10)

Pemain ini harus dipuji dalam memastikan beberapa rembatan oleh pemain serangan Brazil dapat dihalangnya. Mengeluarkan bola bahaya dari kotak penalti.

M. Akanji (7/10)

Selain daripada tugasannya sebagai pemain pertahanan, hantaran yang dilakukan beliau untuk memulakan permainan pasukan Switzerland harus diberi pujian.

Rodriguez (6.5/10)

Membantu Steven Zuber dalam melakukan serangan di bahagian sayap kiri.

Behrami (7/10)

Bermain sebagai ‘deep-lying playmaker’ pasukan Switzerland. Mengekori rapat Neymar dan mematikan larian-larian yang dilakukannya untuk melindungi barisan pertahanan.

G. Xhaka (6.5/10)

Bermain sebagai ‘Central Midfielder’ dan merencana permainan untuk pasukan Switzeerland. Sesekali beliau melakukan hantaran jauh namun tidak dapat disambut baik oleh rakan sepasukan.

Xherdan Shaqiri (6.5/10)

Separuh masa kedua beliau tampak begitu bertenaga dalam melakukan serangan. Banyak melakukan larian-larian di sayap kanan. Namun, keserasiannya dengan pemain lain dalam melakukan hantaran boleh diperbaiki lagi. Menghasilkan ‘assist’ untuk gol penyamaan Switzerland.

Dzemaili (6.5/10)

Bermain sebagai ‘Attacking Midfielder’ dengan baik.

Steven Zuber (7/10)

Permainan Switzerland juga banyak dimainkan di sayap kiri dan beliau antara pemain yang menonjol disitu. ‘Free header’ yang dilakukannya memastikan Switzerland dapat mencuri 1 mata.

Haris Seferovic (6/10)

Tidak begitu menonjol dalam permainan ekoran Brazil lebih menguasai permainan.

Pemain Gantian

Dennis Zakaria (n/a)

menggantikan Behrami pada minit ke-71

Breel Embolo (n/a)

Menggantikan Haris Seferovic pada minit ke-80

Michael Lang (n/a)

Menggantikan Lichtsteiner pada minit ke-87