Santai Asia Tenggara

Stadium-stadium ASEAN yang mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia

Tiga buah negara ASEAN dilaporkan telah menyatakan hasrat untuk menganjurkan Piala Dunia 2034. Negara-negara tersebut adalah Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Baru-baru ini, gabungan negara Amerika Syarikat, Mexico dan Kanda telah berjaya memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah edisi 2016. Justeru langkah yang diambil oleh negara-negara ASEAN ini mungkin mampu memenangi bidaan tersebut.

Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam memenangi bidaan tersebut. Stadium-stadium yang menjadi hos sesebuah perlawanan Piala Dunia mestilah mengikuti spesifikasi yang ketat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Antaranya stadium tersebut mestilah mampu menampung sekurang-kurangnya 40,000 penonton dengan ‘individual seat’. Selain itu, stadium tersebut mesti mempunyai ruangan VIP dan juga bilik-bilik persalinan untuk pemain dan pegawai perlawanan.

Fasiliti untuk pihak media juga perlu diambil kira seperti bilik sidang akhbar, ruangan untuk pengulas dan juga kemudahan infrastruktur untuk siaran televisyen.

Oleh itu mari kita lihat senarai stadium di sekitar Asia Tenggara yang mampu menjadi hos untuk perlawanan Piala Dunia: