Luar Negara Eropah

Real Madrid mahukan €200 juta untuk Cristiano Ronaldo

Manchester United perlu membayar sehingga €200 juta untuk mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo.

Menurut portal Don Balon, presiden Real Madrid, Florentino Perez tidaklah menutup pintu sepenuhnya kepada Ronaldo jika pemain Portugal itu mahu keluar daripada kelab tersebut.

Namun, jika Ronaldo benar-benar ingin dilepaskan, satu perkara adalah jelas, beliau perlu melalui satu bayaran perpindahan terlebih dahulu.

Selepas membawa pulang piala Liga Juara-juara Eropah, Ronaldo di Kiev secara terang-terangan menyatakan rasa kurang senangnya terhadap Real Madrid. Peletakan jawatan Zinedine Zidane meniupkan lagi berita bahawa beliau akan keluar daripada kelabnya.

Malah dua hari lalu, The Confidential mendakwa Cristiano Ronaldo akan meminta gaji sebanyak €80 juta euro semusim jika Real Madrid mahu beliau terus beraksi di Sepanyol.

Sebahagian daripada lembaga pengarah Real Madrid sudah penat melayan perangai Cristiano Ronaldo yang mahu keluar daripada kelab itu.

Walaupun sudah berusia 33 tahun, Florentino Pérez hanya sanggup menerima €200 juta euro untuk Ronaldo.

Jika tidak menepati nilai tersebut, Cristiano Ronaldo tidak akan ke mana-mana. Perez sentiasa bertegas mengenai perkara ini.

Setakat ini Manchester United sahaja yang menunjukkan minat untuk mendapatkan semula pemainnya.

Tetapi nampaknya mereka perlu berkira-kira terlebih dahulu sebelum menyediakan dana yang luar biasa jika ingin mendapatkan pemain berkelas dunia itu.

Ronaldo musim ini menjaringkan sebanyak 44 gol dalam semua pertandingan dan 26 gol dalam saingan La Liga, memenangi empat piala iaitu Liga Juara-juara Eropah, Piala Dunia Kelab, Piala Super UEFA dan Supercopa de Espana.