Malaysia Luar Negara

Bintang bolasepak yang pernah mengalami sekatan imigresen atau ditahan dari ke luar negara

Semalam, seluruh Malaysia dikecohkan dengan berita bekas pemimpin yang disenaraihitamkan daripada meninggalkan negara. Namun, bagaimana pula dengan pemain-pemain bola sepak.

Siapakah yang pernah dihalang daripada keluar negara atau masuk ke sesebuah negara disebabkan beberapa kes atau jenayah. Ayuh kita lihat senarai ini:

Khairul Fahmi Che Mat

Bekas penjaga go Kelantan ini pernah ditahan daripada keluar negara untuk mewakili Malaysia ke perlawanan persahabatan antarabangsa sekitar tahun 2016. Setiausaha agung pada ketika itu, menyatakan sebab Apek disenaraihitamkan adalah kerana tidak menjelaskan cukai pendapatannya.

Shakir Hamzah

Pemain Tampines Rovers ini ditahan di Lapangan Terbang Chanqi ketika dalam perjalanan ke Kuala Terengganu untuk jelajah persahabatan. Beliau tidak dapat menaiki kapal terbang setelah ditahan oleh pihak polis kerana gagal menghadiri perbicaraan mahkamah.

Carlos Queiroz

Kali ini melibatkan jurulatih pula. Carlos Queiroz telah dihalang untuk keluar negera bersama pasukannya kerana disyaki gagal melangsaikan cukai. Dia ditahan ketika di Lapangan Terbang Imam Khomeini, Tehran. Ini menyebabakan pasukannya terpaksa terbang tanpa beliau.

Juan Oblitas

Bekas pemain sayap Peru ketika Piala Dunia 1978 dan Jurulatih Sporting Cristal, telah dihalang meninggalkan negera Ecuador pada tahun 2009 kerana tidak membayar cukai. Hal ini diberitahu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri negara itu kepada wartawan.

Pemain Import Pahang

Dickson Nwakaeme , Matias Conti , Zesh Rehmandan Damion Stewart dilaporkan tidak boleh memasuki Indonesia kerana masalah visa. Hal ini kerana, pihak Indonesia tidak memproses visa untuk mereka bagi membolehkan mereka menentang Persipura Jayapura untuk aksi Piala AFC 2015.

Zahir Belounis

Pemain berketurunan Perancis-Algeria ini telah disekat daripada keluar daripada Qatar lebih dari 2 tahun. Hal ini terjadi kerana masalah kontrak antara beliau dan bekas kelabnya dan juga berkaitan undang-undang buruh disana.

Serge Aurier

Pemain PSG ini tidak dapat diturunkan untuk bermain pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Arsenal beberapa tahun lepas berikutan visanya ditarik oleh pihak British. Ini mengundang marah buat PSG dan mereka telah mengadu kepada pihak Uefa.