Luar Negara Eropah

Tribe Scout: Kenali Clement Lenglet, permata Perancis yang belum diasah

Ketika bola sepak Perancis telah memiliki beberapa bek tengah muda yang terkenal seperti Raphael Varane, Samuel Umtiti, Dayot Upamecano, Presnel Kimpembe dan Aymeric Laporte, Clement Lenglet boleh disifatkan sebagai permata L’Hexagone yang belum terasah.

Lahir pada 1995 di Beauvais, Perancis, Lenglet pernah berlatih bersama akademi AMS Montechevreuil dan akademi US Chantilly, sebelum akhirnya menyertai skuad muda Nancy pada 2010. Lenglet telah beraksi di pentas profesional ketika baru berusia 15 tahun. Bek muda Perancis ini tampil hebat dalam semua perlawanan bersama pasukan muda Perancis dan juga memberi sumbangan besar kepada kejayaan Nancy untuk dinaikkan ke Ligue 1 pada 2015.

Selepas separuh musim beraksi di liga tertinggi Perancis, Lenglet berhijrah ke Sepanyol untuk menyertai Sevilla. Dia menjadi pemain terakhir yang dibeli Monchi sebelum berpindah ke AS Roma. Lenglet juga menyifatkan bahawa Monchi telah mencapai kata sepakat dengan Nancy sebelum dia beraksi selaku pemain profesional. Dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menjadi pilihan utama di Andalusia. Dia beraksi sebanyak 17 kali dalam LaLiga pada musim 2016/17 dan meraih debut Liga Juara-Juara ketika bertemu Leicester City selepas sebulan ke Sepanyol.

Lenglet memiliki kepantasan, kelebihan di udara, mempunyai kemampuan merebut bola serta halangan yang baik. Musim ini, Lenglet tampil mencatat kadar 1.9% dalam setiap perlawanan dan mendapatkan bola sebanyak 79%. Dalam dua pertemuan menentang Manchester United di Liga Juara-Juara musim 2017/18, Lenglet menjadi alasan utama mengapa Romelu Lukaku gagal menyinar.

Bukan sekadar mampu bertahan, Lenglet juga mampu membantu jentera serangan selepas mencatat 84.8 peratus kadar ketepatan hantarannya, termasuk hantaran jauh dalam setiap aksi. Berbekalkan ketinggian 186 sentimeter, dia sering memberi ancaman kepada benteng lawan dan dibuktikan melalui empat gol yang diraih dalam semua kejohanan.

Lenglet merupakan pemain pertahanan moden yang memiliki kebolehan bertahan, mampu menghantar bola dengan baik serta boleh membaca corak permainan. Dia memiliki minit permaianan yang lebih banyak berbanding pemain lain di Sevilla walaupun muncul bek termuda. Lenglet menjadi pilihan utama buat tiga pengendali yang mengemudi pasukannya. Dalam 32 perlawanan yang dilalui, Lenglet masih belum menerima kad merah atau sebarang kesalahan individu.

Vincenzo Montellah juga pernah mengeluarkan kenyataan mengenai pemain ini.

“Dia mempunyai mentaliti seorang juara. Untuk masa depan, sudah tentu dia mampu beraksi bersama pasukan besar seperti Barcelona.”

Seperti yang dijelaskan Montella di atas, Lenglet masih belum mencapai potensi sepenuhnya dan masih cetek pengalaman. Selain itu, dia lebih banyak menggunakan kaki kirinya, tidak kira sewaktu bertahan atau menyerang. Situasi ini memberikan kerugian buat dirinya apabila berdepan pemain yang mempunyai skil tinggi. Dalam perlawanan yang menyaksikan Sevilla tewas, Lenglet dilihat sukar untuk berdepan pemain yang memiliki kaki kiri utama, seperti Lionel Messi, Antoine Griezmann dan Iago Aspas yang mudah mengambil kesempatan terhadap kelemahan kaki pertahanan lawan. Lenglet harus meningkatkan kemampuan pada kaki kanannya agar boleh naik ke taraf lebih tinggi.

Secara umum, kebiasaannya seorang bek tengah menamatkan karier awal dengan beraksi di divisyen bawahan. Namun, Lenglet sudah berkembang pantas walaupun baru beraksi di tahap tinggi dalam masa setahun setengah yang lalu. Pemain muda Perancis ini berpotensi untuk muncul sebagai salah seorang bek terbaik dunia pada masa depan. Tidak lama lagi, Sevilla akan menjadi tempat yang kecil untuknya terus berkembang. Barcelona, Manchester City dan Manchester United akan memanfaatkan situasi itu dan terus akan cuba memujuknya menjelang jendela perpindahan dibuka pada musim panas nanti.