Luar Negara Eropah

Tribe Scout: Ritsu Doan, pemain masa depan Jepun yang kini menyinar di Belanda

Pada Oktober 2015, The Guardian menyenaraikan senarai prospek bola sepak yang lahir pada 1998 dalam pengumpulan pemain tahunan. Senarai itu turut membariskan Martin Odegaard, pemain yang telah melakukan penampilan bersama Real Madrid, pemain sayap Amerika Syarikat, Christian Pulisic, yang kini beraksi dalam saingan Bundesliga hanya tiga bulan selepas itu dan penyerang Korea Selatan, Han Kwang-Song, pemain yang masih menanti untuk meraih debut di Itali. Dalam ramai pemain yang disenaraikan itu, Ritsu Doan, pemain berusia 17 tahun turut ada dan melakukan penampilan pertama bersama Gamba Osaka pada tahun tersebut.

Dalam dua tahun enam bulan selepas penulisan Guardian itu, perkembangan Doan sebagai salah seorang pemain Jepun paling berbakat telah berjalan dengan lancar dan pantas.

Pada 2016, dia telah meraih kebanyakan waktu bermain bersama skuad B-23 Gambar Osaka, menjaringkan 10 gol di pentas Liga J3. Tahun lalu, dia membawa Jepun ke pusingan kalah mati ketika saingan Piala Dunia B-20 selepas mencatat tiga gol di peringkat kumpulan dalam saingan di Korea Selatan. Empat minggu kemudian, dia dipinjamkan ke FC Groningen. Pemain tengah itu dengan pantas menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, mendapatkan peranan tersendiri dalam pasukan pada hari pertama perlawanan sebelum menampilkan aksi memukau dalam babak kedua musim tersebut apabila beraksi di kedua-dua belah sayap pasukan.

Doan telah menjaringkan Sembilan gol dalam aksi debutnya di pentas Eredivisie pada musim ini, mendapatkan status selaku pemain paling bernilai dalam pasukan oleh penyokong kelab. Impak terbesar yang pernah diberikan adalah pada 18 Mac lalu ketika di AZ. Ketinggalan satu gol di belakang pasukan tangga ketiga itu pada minit ke-82, Doan mendapatkan bola melalui belakang badannya sebelum disudahkan menerusi percubaan di luar kotak penalti. Dia memerangkap pemain yang cuba mengelilinginya sebelum melepaskan sepakan kaki kiri melepasi jangkauan penjaga gol dan menuju ke penjuru gawang. Situasi itu jelas membuktikan akan potensi tersembunyi yang dimiliki oleh pemain Jepun ini.

Bakatnya telah dikesan oleh kelab melalui pengurus, Hans Nijland, yang menyifatkan Doan sebagai “permata di Eredivisie” dalam satu sesi temubual baru-baru ini. “Dia menjaringkan banyak gol dan tidak mengalami kecederaan. Dia sangat gembira dan positif ketika bersama bola. Doan seorang pemain yang hebat.”

Perpindahan berjumlah EUR2 juta dan gaji yang rendah buat seorang pemain luar dari Eropah diperlukan untuk membawa Doan keluar dari Gamba Osaka tetapi tentunya ia bukan satu pelaburan yang mudah kerana Groningen pasti tidak akan melepaskan bakat Asia itu dengan senang selepas mampu memberikan pulangan lumayan kepada pasukan.

Selepas satu kaji selidik oleh akhbar tempatan menyaksikan 97 peratus jawapan mahu Doan didapatkan secara tetap, pihak kelab mengaktifkan pilihan pembelian pada 23 April lalu dan mengumumkan Doan akan menandatangani kontrak baru sehingga hujung 2021.

“Pastinya hebat dapat menyesuaikan diri dengan pantas pada usia muda walaupun berdepan budaya baru,” kata pengarah teknikal Groningen, Ron Jans, yang memuji Doan. “Dia telah berkembang semasa kempen berlangsung dan semakin menjadi watak penting buat pasukan.”

Sebelum pengumuman dilakukan, Doan mendedahkan kepada majalah bola sepak Belanda, Voetbal International, bahawa dia mahu beraksi di sana selama beberapa tahun lagi, menjelaskann perubahan dalam aspek serangan dan pertahanan yang ada di saingan Liga Belanda.

“Walaupun saya tidak dapat beraksi di Piala Dunia 2018, saya masih berpeluang. Saya masih muda dan tentu dapat meningkatkan prestasi di masa akan datang,” ujar Doan.

Bersama persembahan memukaunya di Eredivisie, Doan yang mampu mencabar skuad Tokyo 2020 telah membuktikan bahawa dia bukan sahaja memberikan kesan kepada skuad masa depan tetapi termasuk pasukan terkini Jepun. “Jika saya terus beraksi sebegini, saya mungkin berpeluang ke Russia,” katanya kepada Voetbal, menunjukkan keyakinan dalam membarisi skuad kendalian Akira Nishino.

Tatkala persembahan skuad Samurai kebelakangan ini agak bergelut di atas padang dan keadaan huru-hara yang berlaku di pusat skuad kebangsaan, Doan layak dipertimbangkan untuk membarisi skuad kebangsaan berdasarkan persembahannya di Belanda. Walaupun panggilan yang diterima ketika aksi persahabatan pemanas badan untuk Piala Dunia bertemu Ghana bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kegagalannya jika disenaraikan ke Russia juga tidak perlu dirisaukan berdasarkan perkembangannya dalam beberapa tahun sebelum ini.

2015 telah menjadi tahun yang meyakinkan untuk menjangka bahawa Doan akan beraksi di peringkat lebih tinggi di Eropah, seperti di divisyen utama dalam masa kurang daripada tiga tahun walaupun dia tergolong dalam pemain muda berbakat yang lahir selepas detik hebat Jepun melayakkan diri buat pertama kali ke Piala Dunia pada 1998. Berbekalkan bakat dan keinginan, barisan pemain itu semakin hamper membawa Jepun ke masa depan yang lebih cerah. Kehadiran Doan dalam pasukan kebangsaan buat satu persoalan mengenai “jika” tetapi “bagaimana” dan ia akan pastinya menggembirakan apabila melihat sejauh mana dia akan melangkah maju dalam masa dua tahun setengah.