Luar Negara Eropah

Tribe Scout: Ryan Sessegnon, bek kiri terbaik England yang beraksi di Championship

Ryan Sessegnon, pemain Fulham berusia 17 tahun yang menggunakan kaki kiri, telah menyumbat 14 gol dalam 43 perlawanan musim ini. Hanya lima pemain Championship telah mencatat rekod yang lebih baik walaupun pemain dari England ini banyak beraksi sebagai bek kiri.

Fulham telah menerapkan formasi 4-3-3 pada musim ini, selain 4-2-3-1. Mereka mempertaruhkan penguasaan bola, hantaran pendek dan menggunakan kekuatan daripada sebelah kiri, mungkin disebabkan faktor Sessegnon di bahagian itu yang bertindak melakukan larian ke atas sebagai bek kiri atau sayap kiri, serta tonggak tengah yang banyak berlegar di bahagian kiri dalam 4-2-3-1.

Sessegnon beraksi agak tinggi di bahagian kiri berbanding posisi yang ditetapkan untuknya. Walaupun kelajuan dan kecergasannya berguna jika beraksi sebagai sayap kiri, dia tetap akan selalu turun ke bawah untuk membantu bek gantian di situ, Denis Odoi, sama ada mengawasi pilihan hantaran atau berganding dengan Odoi untuk mengawal kawalan lawan.

Ini bermakna Fulham memiliki dua benteng di kiri tatkala Sessegnon beraksi lebih ke atas, meningkatkan penggunaan kawasan itu sambil membolehkan Sessegnon menyerang. Ia juga bermakna Odoi masuk ke dalam untuk membiarkan Sessegnon bertahan di bahagian tepi sambil melihat bahagian tengah kiri bergerak ke atas, membuktikan tenaga dan usaha Sessegnon.

Dia juga berusaha keras untuk mendapatkan semula bola. Jika dia masuk ke tengah penjaga gol membawakan permainan ke tepi, Sessegnon dengan pantas turun rapat ke benteng kanan dan cuba menciptakan jaringan untuknya. Dia mampu kerana dia mempunyai kepantasan. Seluruh kem Fulham boleh naik ke atas untuk mencipta tekanan semulajadi kerana usaha Sessegnon.

Dia juga mempamerkan kebijaksanaan dengan larian tanpa memegang bola. Apabila Fulham mengawal permainan, Sessegnon akan bertindak sama ada membawa ke tepi atau masuk ke dalam, bergantung kepada ruang yang ada di bahagian tepi dan jika pemain Fulham yang memegang bola membawa bola ke bahagian itu atau ke depan benteng kanan di atas padang. Sessegnon akan mencari ruang tetapi jika keadaan menyaksikan pemain Fulham mengawal bahagian kiri yang sudah penuh atau hantaran tidak dilakukan, dia akan bergerak ke tengah dengan pantas.

Keadaan sama ketika menyerang, sama ada menerusi benteng atau posisi lebih ke depan, Sessegnon dengan gembira akan menarik ke tepi untuk melakukan hantaran lintang dari garisan atau masuk ke dalam, mencari pemain lain yang melakukan larian ke depan untuk dihantar bola kepada mereka, atau memegangnya dan melakukan percubaan.

Kebanyakan golnya hadir daripada kawasan antara titik penalti dan hujung kotak kerana dia memiliki pandangan tajam terhadap gol, seperti sewaktu dia melakukannya ketika menentang Ipswich Town. Sessegnon masuk ke dalam tatkala Aboubakar Kamara menarik lawan ke tepi. Sessegnon mencari Kamaran dengan hantaran dan masuk ke ruang kosong, jadi apabila hantaran lintang Kamara cuba dikeluarkan lawan, dia berada di situ untuk menjaringkan gol (dalam video di minit 1:50 di bawah).

Kebolehannya untuk menyudahkan peluang atau hantaran memerlukan sedikit peningkatan, kerana banyak hantaran lintangnya tidak berjaya walaupun dia dapat menyempurnakan gelecekan dengan baik. Kadar jaringannya dalam 90 minit lebih baik berbanding kebanyakan pemain pertahanan.

Kekuatan pertahanannya juga bagus tetapi harus diingat bahawa Sessegnon beraksi dalam pelbagai posisi, jadi untuk menilai kebolehannya agak sukar.

Apa yang tidak sukar untuk dijumpai dalam aksi Ryan Sessegnon adalah dia memiliki pemikiran yang bijak serta kadar usaha yang tinggi. Pemain bek kiri terbaik England kini adalah pemuda berusia 17 tahun di pentas Championship.

Oleh Alex Stewart
(www.tifofootball.com)