Malaysia Berita

Kiko Insa tinggalkan Bangkok Glass

Nampaknya kita kehilangan wakil di liga Thailand.

Pemain kebangsaan Malaysia, Kiko Insa mengumumkan bahawa kontraknya bersama kelab Thailand, Bangkok Glass sudah tamat dan kini dia sedang mencari pasukan baru.

Insa yang baru berhijrah ke Thailand pada musim ini mengumumkan perkara berkenaan menerusi laman instagram peribadinya.

Bekas pemain Pahang itu beraksi sebanyak empat kali untuk kelab Bangkok berkenaan sejak menyertai kelab tersebut pada awal musim ini.

Sebelum berhijrah ke Bangkok, Kiko pernah beraksi untuk banyak pasukan di Asia Tenggara seperti Pahang, Bali United dan Arema FC. Sebelum itu, Kiko banyak beraksi untuk kelab-kelab Eropah seperti Real Murcia B, CD Alcoyano, Vikingur Olafsvik dan Oxford City.

Pada tahun lalu, Kiko Insa berhijrah ke Malaysia untuk beraksi bersama Pahang. Ketika bersama Pahang, Kiko turut mendapat panggilan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan selepas dia didapati mempunyai hubungan keluarga di Malaysia. Abang kepada Kiko, Natxo Insa turut mengikut jejak langkahnya beraksi di Malaysia apabila menyertai JDT pada musim lalu dan menyarung jersi Malaysia pada tahun ini.