
Bola sepak merupakan sukan nombor satu di Malaysia. Namun, pencapaian dalam sukan ini amat menghampakan seluruh peminat mahupun rakyat Malaysia. Walaupun dengan kehadiran Tunku Mahkota Johor yang mentransformasikan pasukan Johor dan seterusnya menduduki kerusi Presiden FAM, bola sepak Malaysia masih lagi tertinggal berbanding negara jiran, Thailand sebagai contoh.
Baru-baru ini, Buriram United berjaya mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia, biarpun dimasukkan ke dalam ‘Kelompok Maut’ di peringkat kumpulan. Namun, Buriram hanya tewas sekali dalam kumpulan yang turut terdiri daripada Cerezo Osaka, Guangzhou Evergrande dan Jeju United, untuk menempah slot kalah mati. Perkara ini tidak terjadi dalam masa satu hari, satu minggu ataupun satu tahun. Ini adalah hasil perubahan-perubahan yang dilakukan oleh pelbagai ‘stakeholder’ di Thailand.
Berikut adalah sepuluh perkara yang perlu dilakukan untuk memajukan bola sepak Malaysia: