Luar Negara Kajian & Analisis

Latihan Ketenteraan: Empat pilihan yang tersedia buat bintang Spurs, Son Heung-min

Pemain Korea Selatan berusia 25 tahun, Son Heung Min sudah membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik Asia ketika ini selepas menyumbat 18 gol dan lapan assists hasil daripada 41 perlawanan untuk Tottenham Hotspur. Bagaimanapun, dia langsung tidak dikaitkan dengan perpindahan ke mana-mana pasukan gergasi selain kekal bersama utara London. Salah satu sebabnya adalah kerana latihan ketenteraan yang belum disempurnakan.

Setiap warga Korea harus melengkapkan latihan ketenteraan selama 21 bulan. Bagi sesiapa yang bekerja di luar negara, mereka boleh menangguhkannya sehingga berusia 27 tahun, bermaksud Son boleh melakukannya sebelum Julai 2020.

Sebelum ini, Son pernah menjalani ujian kerahan pada tahun 2016. Ujian ini membahagikan setiap lelaki kepada empat kumpulan berdasarkan corak fizikal dan jiwa secara psikologi, berserta dengan kelayakan dalam pembelajaran dan umur:

– Tugasan aktif: mereka yang bertugas aktif selama 21 hingga 24 bulan, tempohnya berdasarkan cawangan ketenteraan.

– Tugasan tidak aktif: mereka yang akan melaksanakan perkhidmatan tambahan seperti kerja sosial.

– Perkhidmatan warganegara kedua: mereka yang akan dipanggil semasa peperangan sahaja.

– Terkecuali: mereka yang dikecualikan daripada sebarang perkhidmatan ketenteraan.

Memandangkan Son tidak memegang sebarang sijil diploma, dia diletakkan dalam kategori tugasan tidak aktif, sekaligus bakal berdepan proses kerja sosial selama 24 bulan.

Bagaimanapun, untuk memahami keadaannya dengan lebih lanjut, rakan kami di Football Tribe Korea telah menghubungi Pentadbiran Tenaga Ketenteraan  (MMA), iaitu sebuah badan organisasi di bawah Kementerian Pertahanan Nasional Korea Republik untuk mendapatkan sebarang kepastian dan akhirnya menemui empat jalan untuknya meraih pengecualian atau melalui perkhidmatan ketenteraan.

1) Jika dia memenangi pingat emas dalam saingan Sukan Asia akan datang

Setiap atlet yang memenangi pingat dalam saingan Sukan Olimpik atau membawa pulang pingat emas bagi Sukan Asia tidak perlu melalui latihan kebangsaan dan cukup sekadar menamatkan latihan asas ketenteraan selama empat minggu serta terus aktif dalam dunia sukan selama 34 bulan. Ki Sung-Yung berada dalam skim ini, dimana dia memenangi pingat perak ketika Sukan Olimpik 2012 di London.

2) Jika dia mendapatkan status penduduk tetap Jerman

Status penduduk tetap di negara lain membolehkan seseorang individu menangguhkan latihan ketenteraan sehingga berusia 37 tahun. Untuk mendapatkan status itu di England tempat dia beraksi ketika ini, dia perlu kekal di sana selama lima tahun dan memandangkan dia baru tiba di Spurs pada 2015, jadi tuntutan itu tidak dapat dipenuhi. Hanya dua tahun diperlukan untuk setiap orang mengahwini penduduk England tetapi untuk meraih status penduduk tetap, dia memerlukan tiga tahun lagi, bermakna terlalu lambat untuknya.

Kami tidak pasti sama ada Son telah meraih status penduduk tetap di jerman atau tidak tetapi dia berada di sana pada 2008 sehingga 2015, bermaksud dia layak. Jika dia telah melakukannya ketika beraksi di Bundesliga, tentunya dia masih mampu bermain bola sepak di luar negara selama 12 tahun lagi.

Terdapat beberapa isu yang berbangkit. Status penduduk tetap amat sukar dikendali dan dipegang di Eropah. Lebih menyukarkan apabila seseorang itu sudah tidak tinggal di negara tersebut.

3) Beraksi dalam Liga Korea adalah satu pilihan

Pemain yang terpilih boleh melalui proses latihan ketenteraan dengan cara mewakili pasukan tentera, Sangju Sangmu, dalam saingan Liga Korea 1 dan Asan Mugunghwa bagi Liga Korea 2.

Pemain-pemain mesti sama ada diletakkan dalam kategori tugasan aktif dan pemain Liga Korea yang berdaftar. Son jelas berada bagi kumpulan tugasan tidak aktif kerana dia tidak menamatkan pengajian tinggi tetapi boleh mengambil ujian untuk mendapatkan diploma, jadi ia mudah diselesaikan.

Masalah yang perlu diatasi adalah dia perlu didaftarkan sebagai pemain Liga Korea. Ini bermaksud dia perlu menamatkan kontrak bersama Spurs dan menyertai pasukan Liga Korea sebelum hujung 2019, beraksi selama separuh musim dan membolehkannya mula menjalani latihan ketenteraan dengan mewakili pasukan Sangju Sangmu dan Asan Mugunghwa sebelum Julai 2020.

4) Persaraan

Jika semua pilihan itu tidak dapat dilakukan, dia perlu menangguhkan semua perkara selagi boleh, bersara pada umur 27 dan mula menjalani latihan ketenteraan sebagai ejen kerja sosial ketika beraksi untuk Liga Korea 3, Liga Korea 4 dan system liga bola sepak Korea Selatan.

Dia boleh menyambung karier pada usia 29 selepas melengkapkan tuntutan negara tetapi kehilangan dua tahun buat seorang pemain bola sepak adalah sesuatu yang sangat sukar.