Kolum Luar Negara

Mengapa Brendan Rodgers layak dilantik sebagai pengganti Arsene Wenger

Semakin hari, tempoh Arsene Wenger bersama Arsenal dilihat semakin pendek. Terpancar tekanan yang bertambah memuncak di wajah pengendali dari Perancis itu. Walaupun pernah menikmati kejayaan bersama Gunners, jika di memilih untuk meninggalkan pasukan mungkin menjadi langkah terbaik.

Selepas terlepas tiket ke Liga Juara-Juara Eropah selepas menduduki tangga kelima liga pada musim lalu, kedudukan enam terbaik juga tampak sukar buat Arsenal ketika ini sehingga membuatkan beberapa nama mula dikaitkan untuk menduduki kerusi panas Gunners itu, antaranya adalah pengurus Celtic, Brendan Rodgers.

Bekas pengendali Liverpool itu bukanlah seorang calon yang menarik banyak perhatian dan jika dibandingkan daripada segi pengalaman, jelas sekali dia ketinggalan berbanding Carlo Ancelotti sementara Leonardo Jardim tampak lebih bagus jika memandang aspek taktikal.

Antara faktor yang menyebabkan skuad kendalian Wenger terus dinanti-nantikan adalah daya penarik dalam permainan yang ditampilkan. Sepanjang 22 tahun bersama Gunners, pengendali dari Perancis itu menerapkan corak menyerang yang tinggi. Daripada larian deras Thierry Henry, sentuhan ajaib Dennis Bergkamp, hantaran tepat Cesc Fabregas sehingga kekuatan Alexis Sanchez, aksi anak-anak buah Wenger sentiasa menjadi perhatian.

Visi yang diterapkan itu dilihat mempunyai persamaan dengan falsafah milik Rodgers. Bersama Swansea City, dia meperkembangkan corak hantaran pantas, sama seperti apa yang dilakukan oleh Roberto Martinez dan Paulo Sousa. Tempohnya di Anfield juga menyaksikan mereka meraih kempen yang mengagumkan apabila merakamkan 101 jaringan buat Liverpool bagi musim 2013/14, sekaligus hanya berada di belakang Chelsea yang lebih unggul ketika aksi 2009/10. Musim lepas juga dia menjuarai Liga Scotland dengan rekod jaringan terbanyak.

Situasi itu diraih Rodgers ekoran keberaniannya menggunakan formasi 3-4-2-1 sehingga menghasilkan taktikal yang berkesan. Antonio Conte juga menggunakan kaedah sama ketika membawa Chelsea menjulang tro liga Inggeris pada musim lalu. Justeru, pengendali dari Ireland Utara itu dilihat berpotensi menggantikan tempat Wenger, berdasarkan penguasaan bola dari bawah, kawalan kemas di tempat lawan dan tekanan tinggi di benteng pasukan.

Dia juga membangunkan pemain, sama seperti keperluan yang amat ditagih di Emirates. Kebolehan Wenger mengenalpasti bakat muda tidak boleh disangkal lagi dan Rodgers juga mempunyai kemampuan untuk menggunakan sepenuhnya abiliti pemain yang dimiliki. Sebagai contoh, kejayaannya membangunkan kapten Celtic, Scott Brown, sebagai perancang tengah.

Biarpun dikenali dengan kehebatan mendapatkan perebutan bola, pemain Scotland itu menikmati musim yang mengejutkan disebalik peranan sebagai pemain tengah atas dan bawah, sehingga membolehkannya memperbaharui kontrak baru.

“Saya bercakap dengan Rodgers ketika mula-mula tiba di sini dan bertanya tempoh yang dijangkakan untuk saya terus bermain. Ketika itu saya memikirkan mungkin dua tahun tetapi sekarang, mungkin saya boleh mencapai tiga atau empat tahun,” kata Brown.

Jadi, terbukti Rodgers mampu menjanakan hiburan di atas padang dengan falsafah bola sepak yang menyerang. Dia mampu mencungkil bakat daripada dalam pasukan. Arsenal memerlukan individu yang boleh membawa mereka ke peringkat lebih tinggi, bukan meneruskan perjalanan yang dilalui Wenger.

Dia bukan sahaja mengelakkan Swansea daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan tetapi mengesahkan status mereka di liga tertinggi England. 47 mata diraih ketika musim terakhirnya bersama Swansea muncul sebagai musim terbaik sepanjang enam tahun. Begitu juga dengan 84 mata yang dikutip bersama Liverpool empat tahun lalu.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa menguruskan Celtic jauh lebih senang, termasuk faktor seteru utama, Rangers, dilihat bergelut dalam 10 tahun terakhir tetapi dia mencapai sesuatu yang melebihi daripada kebiasaan. Musim lalu, Rodgers mengetuai Celtic meraih 34 kemenangan dan empat seri daripada 38 aksi liga, sementara mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 63 perlawanan domestik, memecahkan rekod British sejak 1917.

Satu-satunya persoalan yang timbul jika khidmat Rodgers dikejar adalah kemahuannya dalam pasaran perpindahan pemain. Usah risau kerana Arsenal kini memiliki bekas pengarah Barcelona, Raul Sanllehi, dan individu yang pernah berkhidmat buat Borussia Dortmund dalam mencari bakat baru, Sven Mislintat. Jadi, sudah pasti Arsenal mahu mencari jurulatih yang boleh menjadikan sesi latihan dan corak taktikal kepada aspek istimewa pasukan.

Apabila bercakap soal gaya bola sepak, pembangunan pemain dan keputusan, Rodgers tampak calon sesuai untuk berada di Emirates. Mungkin dia bukan pilihan utama tetapi layak untuk dibawa memimpin Arsenal.

Oleh Blair Newman
(www.tifofootball.com)