Misi Kedah untuk mempertahankan gelaran Piala FA mereka akan bermula dengan pertembungan sengit menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman, menurut undian rasmi pusingan pertama dan kedua yang diadakan di pejabat FMLLP malam ini.
Selain itu, Johor Darul Ta’azim akan berkunjung ke Kota Kinabalu untuk berentap dengan Sabah manakala Mehmet Durakovic dan anak buahnya di Perak pula akan menjadi hos kepada Sarawak FA.
Piala FA tahun ini cukup unik kerana beberapa pasukan Liga Sosial akan bertanding buat kali pertama dalam sejarah pertandingan ini, termasuk Axis-O2 FC dari Petaling Jaya, Southern FC dari Klang dan PIB FC dari Shah Alam.
Axis-O2 akan berdepan dengan SRCC Kuala Kangsar di pusingan pertama dan pasukan yang memenangi perlawanan ini akan bertemu dengan Kuantan FA di pusingan kedua.
Southern FC pula mungkin bertemu dengan Melaka United di pusingan kedua, sekiranya mereka berjaya menewaskan Selangor United di pusingan pertama.
Pusingan pertama, yang hanya melibatkan Pasukan Liga FAM dan Liga Sosial, akan berlangsung pada 13 Februari ini, manakala pusingan kedua pula, yang akan menyaksikan kelibat pasukan Liga Premier dan Liga Super, dijadualkan berlangsung pada 2 & 3 Mac.
Berikut adalah keputusan penuh undian rasmi Piala FA 2018: