Malaysia Liga Super Malaysia

Rasmi: Tiada siaran langsung perlawanan Piala Sumbangsih di TV3

Pihak Media Prima telah mengesahkan bahawa perlawanan Piala Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’azim dan Kedah tidak akan ditayangkan di saluran TV3 malam ini.

“Dukacita dimaklumkan TV3 tidak akan menyiarkan perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini,” kata pihak Media Prima, melalui kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Kami juga mewakili pihak Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi,” tambah kenyataan tersebut.

Sebaliknya, perlawanan tersebut akan ditayangkan di unifiTV, selepas TM menjadi penaja terbesar untuk Liga Super buat lapan tahun seterusnya. Selain itu, anda juga boleh menyaksikan perlawanan tersebut, dan juga mana-mana perlawanan Liga Super yang lain, melalui saluran Football Malaysia di platform penstriman secara langsung, iflix.

Manakala, TV3 pula akan menyediakan siaran langsung untuk perlawanan Liga Super di antara Melaka United dan Kedah FA malam ini.