Malaysia

Ong Kim Swee bakal menjalani latihan bersama Atletico Madrid?

Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim telah mendedahkan bahawa ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee akan dihantar ke Sepanyol untuk menjalani latihan bersama Atletico Madrid.

Ong, yang berjaya membawa skuad B-23 negara ke peringkat suku akhir di pentas Piala AFC B-23 tahun baru-baru ini, dijangka akan bertolak ke Sepanyol pada bulan Mac ini dan akan berguru di Atletico Madrid untuk satu atau dua bulan.

“Kim Swee akan ke Sepanyol pada Mac ini melalui perancangan yang telah dibuat sejak enam bulan lalu bagi membolehkan beliau memahirkan lagi skil dan pengetahuannya dalam bidang kejurulatihan.

“Beliau mungkin akan dihantar ke Atletico Madrid untuk tempoh sebulan atau dua bulan,” kata Tunku Ismail, menurut laporan Utusan Malaysia.

Sebelum ini, OKS pernah menjalani latihan bersama Queens Park Rangers di England pada awal tahun lepas. Melalui kerjasama di antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Tony Fernandes dan juga AirAsia, Ong dan Brad Maloney (penolong ketua jurulatih) dihantar ke London untuk satu bulan.