Luar Negara

Live Streaming Serie A: Fiorentina vs Inter Milan

Inter Milan akan berkunjung ke Fiorentina malam ini dengan harapan untuk memulihkan momentum mereka selepas mengalami masalah pada bulan Disember lepas.

Skuad Luciano Spaletti gagal meraih tiga mata menentang Sassuolo, Udinese dan Lazio, sekaligus bermakna mereka kini tujuh mata di belakang pendahulu liga, Napoli.

Situasi ini cukup mengecewakan buat Inter kerana tidak lama sebelum ini, mereka menjadi antara pasukan pilihan ramai untuk merangkul gelaran juara Serie A.

Sekarang, mereka cuma sekadar bergelut untuk slot Liga Juara-Juara Eropah, selepas turut mengalami kekalahan di pentas Coppa Italia bulan lepas.

Malam ini, Fiorentina mampu meletakkan lebih tekanan di atas bahu Spaletti sekiranya mereka menewaskan Inter di Artemio Franchi.

Jom saksikan Live Streaming Serie A: Fiorentina vs Inter Milan, dibawakan khas oleh Sportsfix.tv!