Luar Negara

Live Streaming: 3 sebab anda perlu saksikan Sassuolo vs Inter Milan

Kebangkitan

Itu sudah tentu menjadi misi utama Inter Milan apabile mereka berkunjung ke Citta del Tricolore untuk bertemu dengan Sassuolo malam ini. Dan sebelum anda menyaksikan live streaming perlawanan tersebut, kami telah menyenaraikan tiga sebab perlawanan ini antara yang paling menarik di Serie A bagi hujung minggu ini.

MISI BANGKIT SEMULA

Rekod tidak kalah Inter akhirnya dileburkan oleh Udinese minggu lepas apabila mereka berjaya meraih kemenangan 3-1, yang sekaligus memberi peluang kepada Napoli dan Juventus untuk memotong mereka di carta Serie A. Dan sudah tentu skuad Luciano Spaletti mahu bangkit semula menentang Sassuolo – pasukan yang masih sedang bergelut di zon penyingkiran. Selain itu, Juve akan bertemu dengan AS Roma awal pagi nanti (jam 3.45 pagi) dan jika Juve tidak berjaya meraih sebarang mata dalam perlawanan tersebut, Inter boleh memotong mereka semula.

REKOD SASSUOLO

Sassuolo mempunyai rekod yang agak bagus apabila bermain sebagai pasukan tuan menentang Inter Milan. Tahun lepas, Sassuolo berjaya menewaskan Inter 3-1 di Citta del Tricolore dalam perlawanan yang cukup dramatik. Kesilapan di bahagian pertahanan membolehkan Sassuolo membuka tirai jaringan pada minit ke-6, sebelum Lorenzo Pellegrini menjaringkan satu lagi gol untuk pasukan tuan rumah. Inter berjaya mengurangkan defisit pada minit ke-30 melalui gol Rodrigo Palacio, namun Sassuolo menjaringkan gol ketiga mereka melalui Matteo Politano mada minit ke-39.

MAURO ICARDI VS FRANCESCO ACERBI

Perlawanan ini akan menyaksikan pertembungan di antara penyerang paling prolifik di dan pemain pertahanan yang paling ‘underrated’ di Serie A. Mauro Icardi sudah menjaringkan 17 gol setakat ini dan dia sudah tentu akan menjadi ancaman utama malam ini. Namun, Francesco Acerbi merupakan seorang pemain pertahanan yang tidak boleh diperkecilkan.

Jom saksikan perlawanan Serie A di antara Sassuolo dan Inter Milan, khas dibawakan oleh Sportsfix.tv!