Luar Negara

Live Streaming: 3 sebab anda perlu saksikan AC Milan vs Atalanta

Gennaro Gattuso mempunyai tugas yang sukar malam ini apabila skuad AC Milan menjadi hos kepada Atalanta di San Siro. Dan sebelum anda menyaksikan Live Streaming perlawanan tersebut, kami ada menyenaraikan tiga sebab perlawanan

MASALAH GATTUSO

Selepas menunjukkan tanda kebangkitan, Milan kembali dilanda masalah minggu lepas apabila mereka tewas 3-0 kepada Verona. Kekalahan tersebut memaksa pihak pengurusan Milan merancang kem latihan tambahan untuk membantu meningkatkan ‘morale’ pemain mereka. Cuti Hari Krismas untuk pemain Milan turut dibatalkan. Situasi ini jelas meletakkan lebih banyak tekanan di atas bahu Gennaro Gattuso, yang masih belum membuktikan dirinya sebagai seorang ketua jurulatih.

PRESTASI ALEJANDRO GOMEZ

Selepas berjaya menunjukkan prestasi cemerlang musim lepas, Alejandro Gomez telah berkembang menjadi tonggak utama jentera serangan Atalanta musim ini. Dan malam ini, dia akan berdepan dengan Mateo Mussachio, pemain yang dijangka menggantikan Alessio Romagnoli dalam kesebelasan utama Milan. Memandangkan Mussachio jarang diberi peluang beraksi musim ini, dia dijangka mengalami kesusahan dalam menghalang Gomez.

MILAN TANPA SUSO

Satu lagi masalah yang perlu ditangani oleh Milan adalah kehilangan Suso. Bekas pemain Liverpool itu diberi kad merah minggu lepas dan akan terlepas dari beraksi malam ini – kehilangan yang cukup besar memandangkan dia sudah berjaya jaringkan lima gol dan mencatat lima ‘assist’ setakat ini. Sudah pasti menarik untuk melihat pemain mana yang akan mengisi kekosongan Suso dalam kesebelasan utama Milan malam ini.

Jom saksikan Live Streaming AC Milan vs Atalanta, khas dibawakan oleh Sportsfix.tv